Helikopter Kobe Bryant tiada masalah teknikal

Serpihan bangkai helikopter mendiang Kobe Bryant yang ditemui di lokasi kejadian di berhampiran Calabasas, California. - Foto Agensi
Serpihan bangkai helikopter mendiang Kobe Bryant yang ditemui di lokasi kejadian di berhampiran Calabasas, California. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Enjin helikopter Sikorsky S-76 yang membawa legenda bola keranjang, Kobe Bryant dan terhempas di lereng bukit berhampiran Calabasas, California pada 26 Januari lalu tidak menunjukkan berlaku ‘kegagalan dalaman bencana’.

Semalam, laporan dikeluarkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mendapati bahagian enjin helikopter itu tidak mengalami sebarang isu.

Laporan interim 11 muka surat dikeluarkan agensi itu juga menunjukkan tiada tanda jelas berlaku masalah teknikal yang mungkin menjadi punca kemalangan meragut nyawa Bryant, 41, dan anak perempuannya, Gianna, 13.

Difahamkan, punca sebenar tragedi itu akan diterbitkan dalam laporan akhir NTSB yang mungkin mengambil masa 12 hingga 18 bulan.

Sebelum ini, penyiasat NTSB mendakwa cuaca berkabus dan jarak penglihatan terhad mungkin menjadi tumpuan utama dalam siasatan mereka terhadap nahas itu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Kobe Bryant terbunuh nahas helikopter

Bintang bola sepak turut simpati nahas menimpa Kobe Bryant

Artikel Berkaitan:

Fokus siasat punca nahas helikopter Kobe Bryant

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!