Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli

Salah sebuah kenderaan mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan gajah liar di JRTB Gerik. Foto: ihsan pembaca
Salah sebuah kenderaan mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan gajah liar di JRTB Gerik. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

GERIK - Sebanyak lima kenderaan dilaporkan rosak selepas diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kilometer 9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey di sini pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 9 malam itu melibatkan kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Gerik telah mengalami kemek bahagian kanan dan depan kenderaan.

Insiden itu bagaimana pun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan kejadian itu telah diterima dan siasatan mendapati lokasi kejadian berhampiran Tugu Peringatan JRTB.

"Sepasukan lapan kakitangan Unit Tindakan Gajah (UTG) Daerah Gerik bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat tindakan tembak dan halau bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Gajah liar dikenal pasti daripada ID Kumpulan Temengor yang mempunyai 25 hingga 30 ekor dan menjadikan Hutan Simpan Temengor sebagai kawasan keliaran," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!