Cubaan seludup 80 peket minyak masak ke Thailand gagal

Cubaan dua lelaki warga Thailand cuba seludup keluar 80 peket minyak masak 1kg gagal selepas ditahan pihak berkuasa di Kompleks ICQS, Pengkalan Hulu. Foto ihsan KPDN Perak
Cubaan dua lelaki warga Thailand cuba seludup keluar 80 peket minyak masak 1kg gagal selepas ditahan pihak berkuasa di Kompleks ICQS, Pengkalan Hulu. Foto ihsan KPDN Perak
A
A
A

PENGKALAN HULU - Cubaan dua lelaki warga Thailand menyeludup keluar 80 peket minyak masak 1 kilogram (kg) gagal apabila mereka ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di sini, pada Selasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, satu serahan kes diterima daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu berhubung aktiviti penyelewengan minyak masak.

Menurut beliau, pasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik kemudian menahan dua orang suspek berusia 47 tahun yang disyaki cuba membawa keluar minyak masak berkenaan ke Thailand.

"Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk membawa keluar barang kawalan itu.

"Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 80 peket minyak masak dalam pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dengan nombor pendaftaran asing," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kamalludin berkata, kenderaan dan barang kawalan bernilai RM40,300 telah disita untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!