PLUS memacu perjalanan lebuh raya lestari

PLUS dan UEM Group melakar sejarah apabila R&R Seremban (arah selatan) diiktiraf sebagai R&R lestari pertama di Malaysia.
PLUS dan UEM Group melakar sejarah apabila R&R Seremban (arah selatan) diiktiraf sebagai R&R lestari pertama di Malaysia.
A
A
A

Pada bulan lalu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), anak syarikat kepada UEM Group Berhad (UEM Group) telah melakar sejarah apabila kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan diiktiraf sebagai R&R lestari pertama di Malaysia.

Ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha PLUS untuk menjayakan pembangunan lestari dalam infrastruktur negara.

Berucap semasa menyempurnakan majlis perasmian kawasan rehat tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pembangunan R&R Lestari pertama ini merupakan permulaan penting terhadap arah tuju negara dalam menyantuni rakyat dengan memberikan keutamaan kepada kemudahan yang memanfaatkan mereka.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pengguna lebuh raya PLUS akan menikmati manfaat kesan daripada amalan kelestarian yang dilaksanakan seiring dengan misi PLUS bagi menghubungkan komuniti untuk mencorakkan masa hadapan yang selamat dan lestari.

NIK AIRINA
NIK AIRINA



Menurutnya, PLUS sentiasa komited untuk mengimbangi operasi lebuh raya yang lebih efisien dengan pemeliharaan alam sekitar, pembangunan sosioekonomi setempat dan amalan tadbir urus yang baik.

“Dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik dan mampan untuk pengguna-pengguna lebuh raya, PLUS membangunkan semula R&R Seremban (arah selatan) menjadi R&R lestari pertama di Malaysia sekali gus meneraju usaha yang lebih komprehensif di dalam industri.

“R&R ini menyediakan platform untuk orang ramai membudayakan amalan kelestarian dalam perjalanan mereka di mana PLUS telah menggabungkan teknologi hijau seperti panel solar, infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV), sistem penuaian air hujan dan pengkomposan sisa makanan, tong kitar semula fabrik dan 3R serta bekas pembungkusan biodegradasi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Nik Airina berkata, PLUS juga mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau atau Green House Gases (GHG) sebanyak 35 peratus menjelang 2030 melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui, mempraktikkan amalan mobiliti rendah karbon, memanfaatkan penyelesaian berdasarkan alam semula jadi dan menggalakkan pemikiran serta budaya ekonomi kitaran.

Selain itu, PLUS juga akan menyediakan lebih banyak infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik di sepanjang lebuh raya bagi menyokong pembangunan mobiliti rendah karbon di negara kita.

Kumpul maklum balas

Mengulas lanjut, Nik Airina berkata, PLUS sentiasa meneliti maklum balas pengguna melalui pelbagai saluran termasuk kaji selidik, tinjauan, sesi penglibatan dan perbincangan kumpulan (Focus Group Discussion).

Ini bagi memantau Indeks Kepuasan Pelanggan sekali gus membantu PLUS meningkatkan tahap perkhidmatan serta amalan kelestarian yang diterapkan dalam operasi seharian PLUS.

“PLUS beroperasi sepanjang 1,130 kilometer (km) merentasi sembilan negeri di Semenanjung Malaysia serta mengendalikan sehingga dua juta kenderaan setiap hari. Rangkaian lebuh raya PLUS sebagai tulang belakang sistem pengangkutan darat negara turut membantu menggalakkan aktiviti sosioekonomi yang meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

“Amalan lestari dalam pengurusan aset strategik lebuh raya dapat menangani impak perubahan iklim dengan meningkatkan daya tahan dan jangka hayat aset selain mengurus kos kitaran hayat keseluruhan yang lebih optimum bagi memastikan operasi lebuh raya yang lebih efisien,” katanya.

Surau R&R Seremban (arah selatan) menampilkan reka bentuk konsep terbuka, lebih lestari dan mesra pengguna memberi lebih ketenangan semasa beribadah.
Surau R&R Seremban (arah selatan) menampilkan reka bentuk konsep terbuka, lebih lestari dan mesra pengguna memberi lebih ketenangan semasa beribadah.



Tambahnya, sebagai pengendali lebuh raya terbesar negara dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab, PLUS juga menyumbang secara strategik bagi memacu pembangunan negara secara aktif dan memajukan agenda kelestarian negara.

“PLUS menyambut baik inisiatif penambahbaikan kawal selia kerajaan yang memberi lebih tumpuan kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk berinovasi dan memberikan lebih banyak impak positif serta memberi nilai tambah kepada para pengguna lebuh raya dan komuniti setempat pada masa akan datang,” katanya.

Pendekatan proaktif

Nik Airina berkata, pendekatan proaktif PLUS untuk menyepadukan amalan kelestarian sejajar dengan matlamat pembangunan lestari negara dan antarabangsa seperti United Nations Sustainable Development Goals (UN SDG).

“PLUS secara aktif menyumbang sudut pandang industri kepada inisiatif peringkat kebangsaan untuk membentuk dasar negara dan menjadi ahli jawatankuasa National Planetary Health Action Plan (NPHAP).

“PLUS juga menjalinkan kerjasama strategik dengan universiti dan institut profesional industri bagi menerapkan budaya kelestarian di seluruh negara,” katanya.

Cipta nilai

Sementara itu, Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Amran Hafiz Affifudin berkata, komitmen PLUS terhadap operasi lestari selaras dengan agenda pelaburan domestik UEM Group untuk mencipta nilai yang berkekalan.

AMRAN
AMRAN



Menurutnya, ia dilaksanakan dengan mengadunkan amalan kelestarian yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan komuniti serta menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang positif.

“Sebagai sayap infrastruktur Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), UEM Group dan anak syarikatnya akan terus menyokong usaha untuk meningkatkan kecekapan operasi dan inisiatif pembangunan lestari,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu akan membantu membina asas yang kukuh untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan pengurusan alam sekitar bagi generasi akan datang selaras dengan visi Khazanah untuk Memajukan Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!