Kes bekas banduan miliki bahan berkaitan Daesh dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

Tertuduh tiba di mahkamah untuk prosiding pada Khamis
Tertuduh tiba di mahkamah untuk prosiding pada Khamis
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis membenarkan permohonan untuk memindahkan kes seorang bekas banduan, Nik Mohd Shalahuddin Zakaria, 40 yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas militan Daesh dan Islamic State (IS) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim, Zulkifli Ablah membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hashim pada prosiding sebutan kes itu.

Shafiq turut memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah menerima laporan pakar keganasan dan bersetuju untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 21 Julai lalu, seorang bekas banduan kes kumpulan pengganas Islamic State (IS) didakwa sekali lagi atas empat pertuduhan memiliki bahan, menyokong dan mengaku keahlian dengan melakukan upacara baiah terhadap pemimpin kumpulan itu pada Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 62 video dan 565 artikel di dua telefon pintar.

Kesemua bahan itu mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas IS.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Kampung Senang, Kota Jembal di sini kira-kira pukul 9.15 pagi pada 10 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan harta yang telah digunakan atau diniat dalam melakukan kesalahan itu turut dirampas sekiranya disabitkan bersalah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!