Lelaki Bangladesh tak mengaku terima suapan dari warga Indonesia

Tertuduh diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Butterworth, pada Khamis.
Tertuduh diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Butterworth, pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Butterworth di sini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM2,000 daripada seorang wanita pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh, Alif Khan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan dari wanita warga Indonesia sebagai dorongan untuk menyahkan senarai hitam namanya di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan di perkarangan luar sebuah hotel di Jalan Penang antara jam 9.20 malam hingga jam 9.45 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Sheng Zhe.

Ketika prosiding, Afiqa Liyana tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh namun Sheng Zhe memohon agar mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan lelaki berkenaan memberi kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan serta hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!