Pengumuman penyasaran subsidi RON95 bukan kejutan

Nik Nazmi. Foto Bernama
Nik Nazmi. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penyasaran subsidi petrol RON95 yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat bukan satu kejutan besar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada pelaksanaan penyasaran tersebut, 85 peratus daripada isi rumah di Malaysia akan menerima subsidi.

"Pengumuman tersebut bukan satu kejutan besar kerana kerajaan telah membincangkan perkara itu secara terbuka sejak sekian lama," katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Tambah beliau, langkah itu dilaksanakan bersama peningkatan gaji dalam sektor awam dan swasta serta pengukuhan jaringan keselamatan sosial.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan 85 peratus rakyat terdiri daripada golongan B40, M40 dan penjawat awam tidak akan terjejas dengan penyasaran subsidi petrol RON95 tersebut.

Anwar berkata, langkah penyasaran subsidi petrol itu sebagai usaha supaya bahan api itu hanya digunakan rakyat dan bukan golongan mahakaya serta warga asing di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!