Wanita reka cerita dipaksa jadi pelacur oleh along didakwa di mahkamah esok

Wanita yang reka cerita bahawa dirinya dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen dalam satu program audio siar di aplikasi TikTok akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
Wanita yang reka cerita bahawa dirinya dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen dalam satu program audio siar di aplikasi TikTok akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Wanita yang mendakwa bahawa dirinya dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen dalam satu program audio siar di aplikasi TikTok akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, wanita berusia 26 tahun itu akan dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi untuk dituduh bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut telah mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum.

"Oleh itu, dia akan dituduh esok mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, polis mengesahkan dakwaan wanita tersebut kononnya dia dipaksa menjadi pelacur sejak Februari setelah bapanya berhutang dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen adalah tidak benar.

Polis berkata, wanita tersebut berbuat demikian hanya kerana ingin meluahkan perasaan.

Wanita itu dikesan berada dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Seberang Perai Utara (SPU) pada jam 10.50 malam, 30 September lalu.

Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati, wanita itu telah menghubungi program audio siar tersebut pada 26 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!