Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Menteri tegur intelektual populis dakwa isteri Rasulullah dari Kedah

24 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Menteri tegur intelektual populis dakwa isteri Rasulullah dari Kedah

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa golongan intelektual termasuk pensyarah menyuarakan pandangan berdasarkan fakta kukuh, bukan sekadar mencari populariti.

Menurutnya, walaupun dunia akademia membenarkan kebebasan dalam menyuarakan pandangan, namun ia tidak boleh terbabas daripada tradisi kajian sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengenai garis pemisah antara kebebasan yang diberikan kepada golongan intelektual dalam menyampaikan pandangan dan ruang manipulasi yang mungkin diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #fakta #ZambryAbdulKadir