Dua lelaki ditahan seludup 6,719 liter air zamzam di Kota Bharu

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyita sejumlah 6,719 liter air zamzam membabitkan nilai pasaran RM146,237.52.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyita sejumlah 6,719 liter air zamzam membabitkan nilai pasaran RM146,237.52.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyita sejumlah 6,719 liter air zamzam membabitkan nilai pasaran RM146,237.52.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan dilakukan kira-kira jam 2.30 petang pada 14 Oktober lalu oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan Kastam Rantau Panjang di dua premis perniagaan sekitar Kota Bharu.

Wan Jamal memberitahu, pemeriksaan mendapati premis berkenaan dijadikan stor penyimpanan air itu sebelum diedarkan bagi pasaran tempatan.

"Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen pengimportan dan permit berkaitan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, air zamzam merupakan barang larangan dan pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35,

Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023.

"Pengimportan juga perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Tambah beliau, kes masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!