Banyakkan program pemahaman ancaman ajaran sesat

Berita-berita mengenai ajaran sesat agak membimbangkan kerana menunjukkan bahawa masih wujud gerakan yang boleh memberi ancaman terutama kepada umat Islam.
Berita-berita mengenai ajaran sesat agak membimbangkan kerana menunjukkan bahawa masih wujud gerakan yang boleh memberi ancaman terutama kepada umat Islam.
A
A
A

SETELAH negara digemparkan dengan isu ajaran sesat melibatkan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH), kerajaan kini dilapor sedang giat memantau lapan lagi ajaran sama di seluruh negara.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zukifli Hasan di Dewan Rakyat dengan turut menyatakan terdapat 12 lagi kumpulan ajaran sesat sedang dalam risikan.

Secara tidak langsung jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menyekat penyebaran ajaran ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di Malaysia.

Namun dalam masa sama, angka tersebut agak membimbangkan orang ramai kerana menunjukkan bahawa masih wujud gerakan yang boleh memberi ancaman terutama kepada umat Islam.

Gerakan-gerakan ini akan membawa definisi fahaman bertentangan daripada ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah baru-baru ini Menteri Agama, Datuk Dr Na'im Mokhtar turut mengingatkan bahawa terdapat penyebaran ajaran sesat melalui media sosial, antaranya ajaran Si Hulk dan Ahmadi.

Oleh yang demikian beliau menggesa pihak berkuasa agama untuk mencari jalan bagi menghalang ajaran sesat daripada terus berkembang berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

Sebagai masyarakat terutama golongan Muslim, tidak lain kita mengharapkan agar fahaman dan ajaran sesat itu tidak berleluasa dan kerajaan dapat menghalangnya dari terus merebak.

Artikel Berkaitan:

Perbanyakkan program untuk meningkatkan pemahaman masyarakat Islam mengenai ancaman ajaran sesat moden di media sosial.

Dengan kefahaman tersebut, masyarakat dapat bersama-sama memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!