Lebih 140 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia

Penduduk tempatan menurunkan pelarian Rohingya dari sebuah bot Labuhan Haji di wilayah Selatan Aceh. Foto AFP
Penduduk tempatan menurunkan pelarian Rohingya dari sebuah bot Labuhan Haji di wilayah Selatan Aceh. Foto AFP
A
A
A

DELI SERDANG - Sekurang-kurangnya 146 pelarian Rohingya mendarat di barat Indonesia pada Khamis, kata seorang pegawai tempatan.

Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dianiaya dengan teruk di Myanmar dan ribuan daripada mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa melakukan perjalanan laut sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Pegawai tempatan, Muhammad Faisal Nasution kepada AF berkata, bot itu membawa 64 lelaki, 62 wanita dan 20 kanak-kanak ketika mendarat di bandar Pantai Labu di wilayah Sumatera Utara.

Tambahnya, semua pelarian telah dibawa ke tempat perlindungan sementara di pejabat daerah tempatan di mana mereka akan menunggu proses pemindahan seterusnya.

"Ramai pelarian terdiri daripada kanak-kanak sedang menahan kelaparan dan tidak berpakaian lengkap.

"Justeru, penduduk setempat memberi mereka pakaian serta menyediakan makanan seperti telur dan nasi," kata Muhammad Faisal.

Beliau berkata, mereka sedang menunggu arahan lanjut daripada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mengenai penempatan semula pelarian tersebut.

Rakan Bersekutu Perlindungan untuk UNHCR di Indonesia, Faisal Rahman berkata pasukannya telah berada di lokasi untuk membantu pelarian.

Artikel Berkaitan:

Kedatangan pelarian terbaharu itu berlaku ketika satu lagi kumpulan terdiri lebih 100 Rohingya dilaporkan terkandas kira-kira1.6 kilometer di luar pantai selatan Aceh.

UNHCR berkata usaha menyelamat mereka telah dirancang dilakukan pada hari Khamis. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!