Pecut kereta elak diperiksa polis

Polis menahan seorang lelaki tempatan yang cuba melarikan diri daripada diperiksa.
Polis menahan seorang lelaki tempatan yang cuba melarikan diri daripada diperiksa.
A
A
A

NILAI - Dua lelaki yang enggan diperiksa polis bertindak memecut kenderaan masing-masing sejauh dua kilometer sebelum terbabas di kawasan Bandar Baru Nilai di sini pada awal pagi Khamis.

Bagaimanapun, seorang daripadanya berjaya ditahan manakala seorang lagi melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian itu berlaku semasa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai melakukan rondaan sekitar Persiaran Korporat dan melihat dua kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.30 pagi.

"Anggota polis mengarahkan kenderaan tersebut berhenti bagi tujuan pemeriksaan namun suspek bertindak memecut laju dan melarikan diri.

"Kenderaan dipandu suspek berjaya dikejar sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum ia terbabas di kawasan Bandar Baru Nilai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, berikutan itu seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandunya telah menjumpai empat gulung kabel berwarna hitam, sebuah telefon bimbit dan satu kad pengenalan.

"Turut dirampas adalah dua kenderaan dan satu alat kawalan jauh kereta. Semakan rekod lampau ke atas suspek mendapati dia mempunyai tiga rekod melibatkan kesalahan narkotik.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari. Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 25(1)(o) Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!