Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco

Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris ‘diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi. Gambar hiasan
Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris ‘diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi. Gambar hiasan
A
A
A

PARIT BUNTAR - Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris ‘diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, remaja itu telah membuat laporan semula kepada polis untuk memperbetulkan ceritanya.

"Insiden itu sama sekali tidak berlaku dan yang betulnya ialah dia hanya bermimpi dan mimpinya itu diceritakan kepada dua rakan sebayanya yang mana belum habis dia bercerita, rakannya telah memaklumkan kepada guru mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kerian Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, di sini pada Khamis.

Semalam, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas selepas hampir menjadi mangsa 'culik' dalam kejadian di Kampung Padang, selepas sebuah van berwarna putih menggunakan nombor pendaftaran negara jiran telah menghimpitnya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian dikatakan berlaku sewaktu mangsa sedang berjalan kaki dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di kampung berkenaan pada 3.20 petang. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!