ISN perkukuh ekosistem sukan

Hannah bersama wakil universiti awam yang terlibat dengan inisiatif penubuhan Pusat Satelit ISN.
Hannah bersama wakil universiti awam yang terlibat dengan inisiatif penubuhan Pusat Satelit ISN.
A
A
A

INSTITUT Sukan Negara (ISN) memperkukuhkan peranan dalam memperkasakan ekosistem sukan negara dengan penubuhan Pusat Satelit ISN bersama beberapa universiti awam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia bertujuan bagi menyediakan perkhidmatan, penyelidikan dan kepakaran untuk ekosistem sukan di negara ini.

Katanya, pengiktirafan Pusat Satelit membuktikan komitmen ISN dalam membantu atlet negara dan negeri dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan ISN di lokasi-lokasi strategik di luar Kuala Lumpur.

Sebagai rekod tujuh tujuh universiti yang terlibat dalam inisiatif ini ialah Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya (UM), Sports Innovation Technology Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Selain itu, turut terlibat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Dua lagi adalah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Arau, Perlis dan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!