ALFATEH mahu perluas dakwah ke Borneo

Almasyari, salah seorang pelajar Borneo dalam sesi tasmi dengan guru hafazan.
Almasyari, salah seorang pelajar Borneo dalam sesi tasmi dengan guru hafazan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Maahad Tahfiz Al-Fateh (ALFATEH) di Batang Kali, Selangor berusaha untuk meluaskan dakwah Islam di Sabah dengan membuka peluang pendidikan kepada pelajar yang berpotensi.

Mudirnya, Ahmad Lutfi Paridin berkata, usaha itu turut menggalakkan pembangunan modal insan yang berakhlak mulia, memimpin dan berketrampilan.

Justeru, pihak pengurusan ALFATEH membuka Tabung Pendidikan Pelajar Borneo untuk membantu mengurangkan beban kewangan pelajar yang sedang menyambung pengajian al-Quran dan pendidikan akademik di maahad itu.

"Sehingga kini terdapat kira-kira 80 pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun dari seluruh negara menyambung pengajian di sini," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ahmad Lutfi berkata, setiap sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk membiayai yuran pengajian, keperluan asas dan kokurikulum pelajar Borneo sepanjang tempoh pengajian di ALFATEH.

Tambahnya lagi, anggaran dana yang diperlukan ialah RM70,000 setahun bagi menampung perbelanjaan pengajian pelajar Borneo sedia ada.

"ALFATEH ingin mengajak orang ramai untuk berganding bahu memberi sumbangan mengikut kemampuan dalam usaha melahirkan generasi hufaz yang bakal memperluas dakwah Islam bukan sahaja di Semenanjung malah ke Sabah dan Sarawak," katanya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun Maybank Berhad (5620 7650 9456) atas nama Maahad Tahfiz Al-Fateh dengan catatan rujukan TajaanBorneo atau menghubungi 017-4724352 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!