Mangsa banjir di Perak kekal 17 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini kekal sebanyak 17 orang daripada tiga keluarga, yang kini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, semua mangsa tersebut masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

"Kesemua mangsa telah berada di PPS tersebut sejak seminggu lalu berikutan banjir yang melanda Kampung Sungai Tungku, Kampung Parit 12, Kunci Air 4, dan Kampung Permatang Pelanduk," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa hujan diramalkan pada sebelah petang di beberapa daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, serta Batang Padang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!