Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan

Keadaan jalan di lokasi kemalangan. Foto Ihsan PDRM. Gambar kecil: Mohd Haki
Keadaan jalan di lokasi kemalangan. Foto Ihsan PDRM. Gambar kecil: Mohd Haki
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing di sini pada Khamis.

Mangsa, Ahmad Al Mahdi Sihabuddin merupakan murid darjah tiga di Sekolah Ugama (A) Rahmaniah, Kampung Paloh. meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah pada jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Perodua MyVi dipandu seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

Kereta yang melanggar mangsa ketika melintas jalan. Foto Ihsan PDRM
Kereta yang melanggar mangsa ketika melintas jalan. Foto Ihsan PDRM

“Tiba di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba menyeberang jalan dari arah kiri ke kanan.

“Oleh sebab jarak terlalu dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan mangsa terjatuh di tepi jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insepktor Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 013-3533653,” kata Mohd Haki.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!