JIM bongkar KTV tawar GRO Korea Selatan

JIM Kuala Lumpur menyerbu sebuah KTV di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.
JIM Kuala Lumpur menyerbu sebuah KTV di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat karaoke (KTV) eksklusif di Solaris, di sini, yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) serta dipercayai menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Korea Selatan dibongkar, pada Jumaat.

Serbuan Op Gegar itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur kira-kira jam 12.30 tengah malam.

JIM Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas individu yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.
JIM Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas individu yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati premis di tingkat dua itu difahamkan mengenakan bayaran sekitar RM300 hingga RM500 untuk khidmat layanan wanita Korea Selatan.

Ketika serbuan, penjaga premis terbabit enggan memberi kerjasama.

Pasukan serbuan terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi membuka pintu yang dilengkapi tiga jenis kunci.

Antara wanita warga Korea Selatan yang ditahan JIM Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah premis KTV di Solaris, pada Jumaat.
Antara wanita warga Korea Selatan yang ditahan JIM Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah premis KTV di Solaris, pada Jumaat.

Selain itu, beberapa individu dipercayai pelanggan juga dikesan cuba menyembunyikan diri dengan menyorok di dalam stor.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya menahan 11 warga Korea Selatan membabitkan enam lelaki dan lima wanita.

"Siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Korea Selatan.

Antara yang diperiksa dalam serbuan Op Gegar di sebuah premis KTV di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Antara yang diperiksa dalam serbuan Op Gegar di sebuah premis KTV di Solaris, Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Premis itu dipercayai menerima pelanggan dalam kalangan warga Korea secara tempahan dalam talian mahu pun yang datang secara terus," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi operasi di sini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!