PDN santuni segenap lapisan masyarakat

Program sumbangan makanan sejuk beku.
Program sumbangan makanan sejuk beku.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Program Dakwah Negara (PDN) 2024 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang kini berlangsung hingga 31 Oktober telah menyantuni pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

YADIM dalam satu kenyataan berkata, ia bertujuan untuk melestari gerakan dakwah pada sebilang masa.

Menurutnya, program itu turut memperlihatkan Islam sebagai agama yang indah untuk semua.

Komuniti Orang Asli turut dilibatkan sama dalam PDN 2024 seperti Program Jejak Persahabatan Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak pada 19 Oktober.
Komuniti Orang Asli turut dilibatkan sama dalam PDN 2024 seperti Program Jejak Persahabatan Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak pada 19 Oktober.

“Penganjuran PDN 2024 bukan sahaja melibatkan kakitangan Yadim, tetapi juga ejen dakwah di seluruh negara seperti Sukarelawan Yadim (SAY), Rakan Siswa Yadim (RSY), Rakan Beliau Yadim (RBY), Daie Orang Asli (DOA) dan ramai lagi.

“Antara pengisian PDN 2024 termasuklah program kepimpinan golongan muda yang menyaksikan barisan kepimpinan RSY menerima watikah lantikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam satu majlis di Putrajaya pada 22 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Yadim, PDN 2024 juga melibatkan ilmuwan dan asatizah menerusi penganjuran Jelajah Nadwah Ulama dan Ilmuwan Yadim (NUIM) ke seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Program kepimpinan golongan muda yang menyaksikan barisan kepimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY) menerima lantikan masing-masing.
Program kepimpinan golongan muda yang menyaksikan barisan kepimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY) menerima lantikan masing-masing.

Ujarnya, melalui program itu, peserta bukan sahaja dapat membudayakan semangat menimba ilmu, tetapi juga mewujudkan perasaan cintakan negara berdasarkan kandungan yang telah disampaikan oleh ilmuwan.

“Lokasi jelajah ini termasuklah di Kedah pada 25 September, Johor (28 hingga 30 September), Pahang (2 Oktober), Negeri Sembilan (9 Oktober), Sarawak (14 Oktober) dan Perak (15 Oktober),” ulasnya.

Sementara itu, Yadim berkata, PDN 2024 turut menyentuh isu kekeluargaan melalui penganjuran program Simposium Solusi Kesihatan Mental daripada Perspektif Dakwah (SMILED) di Kuala Lumpur pada 15 Oktober.

Agihan sumbangan dari kakitangan YADIM.
Agihan sumbangan dari kakitangan YADIM.

Tambah beliau, simposium itu turut menghimpunkan lebih 300 mahasiswa dalam bidang psikologi, dakwah dan psikoterapi Islam.

Selain itu,pada 1 Oktober lalu telah diadakan program sumbangan makanan sejuk beku untuk 80 keluarga di sekitar daerah Kuala Langat hasil kerjasama SAY dengan rakan strategik mereka.

“Antara lokasi yang disantuni termasuklah di Kampung Endah, Kampung Tongkah dan sekitar Morib.

“Turut diadakan ialah program turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Program tersebut telah diadakan di Derang dan Alor Setar, Kedah pada 26 September.

“Mereka yang terkesan tersebut dibantu dengan Program Cuci-Cuci selain pemberian kit kebersihan dan sedikit wang tunai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yadim berkata, program tersebut turut disertai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan yang menyampaikan 50 bakul Madani untuk mangsa banjir.

Sementara itu, komuniti Orang Asli juga tidak ketinggalan dalam PDN 2024 seperti program Jejak Persahabatan Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak pada 19 Oktober.

“Lebih 200 belia dan kanak-kanak menyertai pelbagai pengisian yang disediakan seperti sukaneka, penyampaian bakul makanan, kelas jawi serta fardu ain dan lain-lain lagi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!