Anda mesti Chill Lah 4 tahun dengan bateri hebat vivo V40 Lite 5G
PETALING JAYA - vivo Malaysia akhirnya melancarkan telefon pintar terbaharu, vivo V40 Lite 5G pada harga RM1,299 bagi spesifikasi storan 24 gigabait (GB) + 256GB dan RM1,499 untuk 24GB + 512GB.
Pakar jenama Jenama vivo Malaysia, Rodge Lai berkata, menepati slogan Chill Lah 4 Tahun, produk tersebut dilengkapi 80 watt ‘Flash Charge’ atau pengecasan pantas dan bateri 5,000 mAh dengan tahap kesihatan selama empat tahun.
Menurut beliau, penarafan IP64 juga dibangunkan untuk ketahanan terhadap habuk dan air yang optimum, manakala Teknologi Sentuhan Basah mengekalkan kepekaan sentuhan tangan walaupun dalam keadaan basah.
“Selain itu, vivo V40 Lite 5G juga menjimatkan penggunaan memori dengan pelanjutan RAM, penjimat RAM dan penyimpan RAM.
“Pelanjutan RAM menyokong sehingga 12 GB RAM, penjimat RAM sehingga 600 megabait (MB) ruang memori, manakala penyimpan RAM memastikan aplikasi yang kerap digunakan tetap aktif.
“Dengan pilihan storan yang luas dan storan yang boleh ditambah sehingga dua terabait (TB), pengguna boleh menyimpan kandungan kegemaran tanpa perlu bimbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Rasmi vivo V40 Lite 5G, di sini pada Selasa.
Hadir sama, Pengarah Jualan vivo Malaysia, Jason Lee dan duta produk yang juga selebriti popular, Daiyan Trisha.
Peranti pintar berkenaan turut dilengkapi sistem pencahayaan inovatif 'AI Aura Cahaya Potret yang lebih lembut dan luas untuk memberikan hasil berkualiti serta profesional persis berada di dalam studio, berbeza dengan lampu 'flash' konvensional.
Ia juga didatangkan dengan AMOLED FHD+ 6.67 inci, platform Snapdragon 4 Gen 2, paparan AMOLED 120 hertz (Hz) yang digabungkan bersama teknologi Dual Stereo Speaker serta Audio Booster.
Bukan itu sahaja, vivo V40 Lite 5G menampilkan kemasan 'Titanium Silver', tekstur berlian bercahaya dan kamera 'Cushion-Cut Diamond' yang terdapat dalam pilihan warna 'Dynamic Black' serta 'Dreamy Violet' dengan ketebalan 7.79 milimeter (mm).
Pakar Jenama vivo Malaysia, Rodge Lai memaklumkan, pihaknya turut mengumumkan kolaborasi dengan jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka iaitu ELLE Active.
Tambah beliau, ia sebagai komitmen bersama bagi menjadikan vivo V40 Lite 5G pilihan sempurna untuk golongan aktif yang mementingkan gaya hidup serba moden.
"vivo Malaysia dan ELLE Active menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti set beg sukan ELLE, baucar tunai RM50 dan potongan harga RM50 untuk pembelian dalam talian di stor kami.
"Selain itu baucar tunai 20 peratus untuk pembelian luar talian vivo V40 Lite 5G.
"Pra tempahan akan dibuka sekarang sehingga 25 Oktober ini dan jangan lepaskan peluang dapatkannya atau layari laman sesawang rasmi vivo untuk maklumat lanjut," ujarnya lagi.
Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!