[VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita

A
A
A

KUALA PILAH - Seorang lelaki Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menikam teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia hingga parah, bulan lalu.

Tertuduh, Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang wanita menggunakan sebilah pisau dengan menikam yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan berkenaan dilakukan tertuduh pada 26 September lalu jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman Acbe, Bahau, Jempol.

Tertuduh ketika diiringi anggota polis sebaik tiba di makamah pada Jumaat.
Tertuduh ketika diiringi anggota polis sebaik tiba di makamah pada Jumaat.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan atau denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rosli Muhamad memohon pertuduhan di bacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen selain tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh warganegara asing.

Majistret menetapkan 12 November ini sebagai sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh.
Majistret menetapkan 12 November ini sebagai sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Majistret menetapkan 12 November ini sebagai sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook sebelum ini dilaporkan berkata mangsa iaitu wanita berusia 40 tahun itu cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dengan hasil siasatan mendapati kejadian berpunca akibat pergaduhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!