LSZ hargai sumbangan 2,000 penolong amil Selangor

Sehingga kini LZS mempunyai seramai 1,925 penolong amil kariah, 2,824 penolong amil fitrah dan 57 penolong amil padi di seluruh negeri Selangor.
Sehingga kini LZS mempunyai seramai 1,925 penolong amil kariah, 2,824 penolong amil fitrah dan 57 penolong amil padi di seluruh negeri Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghargai komitmen dan sumbangan 2,000 penolong amil dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf dalam majlis diadakan sepanjang tahun ini.

Majlis Anugerah Ketua dan Penolong Amil Negeri Selangor 2023 itu berlangsung di sembilan daerah bermula Mei lalu di Klang dan berakhir pada September di daerah Hulu Langat.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka terdiri daripada ketua dan penolong amil kariah, padi dan fitrah yang dilantik oleh LZS di sembilan daerah bagi membantu urusan kutipan dan agihan zakat di Selangor.

"Seramai 176 penerima telah diberi penghargaan dalam lima kategori anugerah pada majlis tersebut iaitu Anugerah Ketua Penolong Amil Kariah Terbaik, Anugerah Penolong Amil Kariah Terbaik, Anugerah Ketua Penolong Amil Fitrah Terbaik, Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik, dan Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik.

LZS menghargai komitmen dan sumbangan penolong amil dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf.
LZS menghargai komitmen dan sumbangan penolong amil dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf.

"Setiap penerima anugerah menerima wang tunai, sijil penghargaan dan plak. Mereka dipilih berdasarkan Penilaian Prestasi Tahunan 2023 yang dijalankan oleh LZS," menurut kenyataan di laman Facebook LZS.

Untuk rekod, sehingga kini LZS mempunyai seramai 1,925 penolong amil kariah, 2,824 penolong amil fitrah dan 57 penolong amil padi di seluruh negeri Selangor.

"Mereka ini berperanan sebagai perantara dan pemudah cara LZS dengan masyarakat terutamanya yang melibatkan kariah.

Artikel Berkaitan:

"Penganugerahan ini diharap dapat meningkatkan kebajikan dan memberi motivasi kepada penolong amil untuk terus melaksanakan tugas di lapangan, selain membantu LZS menyantuni asnaf yang semakin bertambah setiap tahun," tambah kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!