LUAS siasat aliran air berwarna biru di Beranang

Siasatan dijalankan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang kawasan perindustrian Mahkota di Beranang.
Siasatan dijalankan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang kawasan perindustrian Mahkota di Beranang.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang kawasan perindustrian Mahkota di Beranang pada Khamis malam.

LUAS memaklumkan, pihaknya ke lokasi kejadian jam 10 malam melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang bagi memastikan aliran air tidak memasuki dua sungai tersebut.

LUAS ke lokasi kejadian jam 10 malam dan melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.
LUAS ke lokasi kejadian jam 10 malam dan melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.

“Pemerhatian lanjut LUAS di Sungai Kabul dan Sungai Beranang mendapati tiada aliran warna biru dikesan dan bacaan bau di kedua-dua sungai adalah normal.

“Namun, LUAS melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan dua beg 'activated carbon' (AC) di kawasan longkang dan mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Kabul,” katanya menerusi Facebook.

Kakitangan bertugas melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.
Kakitangan bertugas melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.

Menurut LUAS, seterusnya operasi siasatan dan tindakan bersepadu dilaksanakan pada Jumaat bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Jelasnya, pemantauan yang dilaksana sejak Khamis malam mendapati keadaan sungai adalah terkawal selain tiada aliran tercemar serta bau kurang menyenangkan dikesan.

Artikel Berkaitan:

“LUAS bersama pihak terlibat sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca aliran tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bidang kuasa agensi,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!