Perkep IPD Gua Musang adakan kunjungan ke Karangkraf

Ahli-ahli Perkep IPD Gua Musang meninjau suasana kerja wartawan Sinar Harian ketika melakukan kunjungan pada Jumaat
Ahli-ahli Perkep IPD Gua Musang meninjau suasana kerja wartawan Sinar Harian ketika melakukan kunjungan pada Jumaat
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang buat pertama kali mengadakan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Pengerusinya, May Soluman berkata, lawatan melibatkan seramai 17 ahli itu merupakan sebahagian daripada usaha Perkep untuk mempelajari dan melihat lebih dekat operasi syarikat tersebut khususnya membabitkan proses penerbitan dan percetakan akhbar Sinar Harian serta al-Quran.

Ahli-ahli Perkep IPD Gua Musang buat pertama kali mengadakan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
Ahli-ahli Perkep IPD Gua Musang buat pertama kali mengadakan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

“Kunjungan ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada ahli-ahli Perkep.

“Kita gembira dan teruja dapat hadir ke Kumpulan Karangkraf ini kerana banyak yang dapat kita belajar termasuk bagaimana proses pencetakan surat khabar atau buku itu dilakukan,” katanya ketika lawatan tersebut pada Jumaat.

Lawatan berkenaan disambut oleh Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!