Polis minta bantuan kesan wanita hilang

Zaiham. Nardeep Kaur dilaporkan hilang pada Khamis. - Foto: PDRM
Zaiham. Nardeep Kaur dilaporkan hilang pada Khamis. - Foto: PDRM
A
A
A

BENTONG - Polis mohon bantuan orang awam bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nardeep Kaur, 38, yang dibuat ibu saudara wanita itu pada hari yang sama.

Menurutnya, wanita terbabit dipercayai keluar rumah pada hari kejadian dan masih belum ditemui sehingga kini.

"Wanita itu berkulit hitam manis dengan ketinggian kira-kira 153 sentimeter dan berat 75 kilogram (kg).

"Wanita tersebut memakai baju T dan berseluar panjang dan kali terakhir dilihat di Taman Saga di sini," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09- 2231999.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!