[VIDEO] RUU tahanan di rumah bukan untuk bebaskan Najib

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menolak dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah digubal untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil menjelaskan, ia merupakan sebahagian daripada peralihan pandangan daripada punitif kepada pemulihan keadilan.

Fahmi Fadzil Foto Bernama
Fahmi Fadzil Foto Bernama

"Seseorang individu yang telah didapati bersalah dikembalikan ke dalam komuniti adalah antara hasrat kerajaan," katanya menerusi sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, projek rintis telah diadakan tahun lalu di mana 5,000 banduan yang terdiri daripada pesalah jenayah ringan menjalani proses rehabilitasi dalam komuniti dengan beberapa syarat ditetapkan.

"Berdasarkan kajian setelah projek rintis dilaksanakan menunjukkan kadar residivisme (kembali melakukan kesalahan) telah turun kepada 15 peratus," ujar Fahmi.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Jabatan penjara telah menikmati penjimatan sebanyak RM19 juta melalui usaha tersebut.

"Maka hasil kajian menunjukkan projek ini boleh diperluas kerana terdapat 82,000 banduan dalam penjara melebihi kapasi, 74,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, RUU berkenaan dijadual dibentangkan di Parlimen tahun depan.

RUU tersebut sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Datuk Seri Nordin Muhamad) sebagai pemegang taruh.

Pada Khamis, RSN Rayer (PH-Jelutong) semasa membahaskan RUU Perbekalan 2025 menggesa kerajaan agar lebih teliti dalam menggubal RUU tersebut.

Ini kerana dibimbangi boleh mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat selepas terdapat khabar angin ia dibuat untuk banduan tertentu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!