Ahli perniagaan direman tuntutan palsu bekal bahan selenggara sekolah

Seorang ahli perniagaan ditahan SPRM Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM45,000
Seorang ahli perniagaan ditahan SPRM Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM45,000
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada salah sebuah pejabat pendidikan daerah di negeri ini melibatkan tuntutan bernilai kira-kira RM45,000.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat ketika hadir di pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk mendapatkan perintah reman oleh Majistret Portia Tham Ong Leng selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 1 November depan.

Sebelum itu, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 di mana telah mengemukakan dua tuntutan bayaran kira-kira RM25,000 dan RM20,000.

Tuntutan bayaran tersebut adalah bertujuan bagi membekalkan bahan mentah bagi pembaikan dan penyelenggaran sekolah namun pembekalan terbabit tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya menjangkakan ada beberapa tangkapan susulan akan dibuat selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!