'Murid jawab sekolah tiada gim buat Anwar ketawa kecil'

Anwar luang masa bertemu murid-murid SK Selama, Kedah di Parlimen pada Khamis.
Anwar luang masa bertemu murid-murid SK Selama, Kedah di Parlimen pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa bertemu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Selama, Kedah yang melawat Parlimen pada Khamis.

Menerusi satu video dikongsikan di Facebook Anwar, murid-murid berkenaan kelihatan teruja apabila dapat berjumpa dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu.

Semasa pertemuan, Ahli Parlimen Tambun tersebut mengajukan beberapa soalan berkaitan infrastruktur yang ada di sekolah.

“Sekolah, perpustakaan ada? Apa yang tak ada?” soalnya.

Secara spontan, murid-murid menjawab gimnasium tiada di SK Selama tersebut sekali gus menyebabkan Anwar ketawa kecil.

Pada masa sama, Anwar turut menasihati murid-murid untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh.

“Kena belajar rajin-rajin,” katanya.

Selain itu, murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan bersama Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!