Amaran ribut petir di 11 negeri, KL dan Putrajaya petang ini
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga jam 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda semua negeri di utara yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Cuaca sama juga dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan; Cameron Highlands, Lipis dan Raub di Pahang manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!