Polis buru geng penjenayah warga Indonesia bersenjata parang

Hussein memeriksa perbarisan ketika perasmian Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Jumaat.
Hussein memeriksa perbarisan ketika perasmian Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Menyasarkan perumahan terpencil untuk melakukan jenayah samun antara taktik sekumpulan penjenayah warga Indonesia yang diburu polis sejak awal bulan ini.

Kumpulan bersenjatakan parang serta bertopeng yang dipercayai bergiat aktif pada awal pagi ini dengan mengumpil tingkap atau pintu kediaman mangsa sebelum melakukan rompakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal dijalankan susulan dua laporan yang diterima pada 6 dan 10 Oktober lalu di sekitar kawasan Bandar Baru Salak Tinggi.

"Kejadian pertama dilaporkan kira-kira jam 3 pagi, 6 Oktober lalu di sebuah kediaman melibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

"Kejadian kedua berlaku pada 20 Oktober lalu menggunakan modus operandi sama dan melibatkan kerugian sebanyak RM20,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Jumaat.

Hussein (tiga, kiri) ketika merasmikan Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Jumaat.
Hussein (tiga, kiri) ketika merasmikan Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Jumaat.

Katanya, dalam kedua-dua kes, suspek bertindak melarikan wang tunai, jam tangan dan barangan kemas.

Artikel Berkaitan:

"Suspek turut bertindak agresif dengan mengikat mangsa selain berpotensi untuk mencederakan mangsa sekiranya mangsa melawan.

"Usaha memburu dan mengesan ahli kumpulan penjenayah yang dipercayai terdiri antara empat hingga lima individu ini sedang giat dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!