Ribut landa Puncak Alam, enam kenderaan dihempap papan tanda

Antara kenderaan yang rosak dihempap papan tanda ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat.
Antara kenderaan yang rosak dihempap papan tanda ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Angin kencang menyebabkan papan tanda di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di sini roboh dan menghempap enam buah kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.44 petang pada Jumaat.

Beliau berkata, Komander Operasi melaporkan terdapat sebuah papan tanda berukuran 30.48x6.09 meter persegi sebuah pasaraya telah roboh.

Pengguna laman Facebook, Boss Shaiful Hafsham turut berkongsi beberapa gambar memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.
Pengguna laman Facebook, Boss Shaiful Hafsham turut berkongsi beberapa gambar memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.

"Papan tanda ini jatuh akibat angin kencang dan menghempap enam buah kenderaan yang berada di bahagian parkir.

"Terdapat seorang wanita berusia 45 tahun dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Perkongsian di laman Facebook Kuala Selangor Official
Perkongsian di laman Facebook Kuala Selangor Official

"Mangsa tidak tersepit dan tidak mengalami kecederaan akibat runtuhan itu namun, dihantar ke klinik berhampiran bagi melakukan pemeriksaan," katanya pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, mangsa agak terkejut dan berasa trauma dengan kejadian tidak diduga tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!