KKM kekal pendirian laksana Akta 852 - Dr Dzulkefly

KKM kekal dengan pendirian dan tidak akan membuat ‘pusingan U’ terhadap pelaksanaan larangan pameran produk merokok mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Gambar hiasan
KKM kekal dengan pendirian dan tidak akan membuat ‘pusingan U’ terhadap pelaksanaan larangan pameran produk merokok mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan pendirian dan tidak akan membuat ‘pusingan U’ terhadap pelaksanaan larangan pameran produk merokok mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan bagi pelaksanaan itu adalah mencukupi.

"Sudah pastinya (kekal dengan pendirian) sebab itu kita berikan tempoh enam bulan untuk berbincang dan mengadakan libat urus (dengan peniaga). Ada mendakwa mahal (kos tambahan ubah suai premis) itupun akan kita bincang nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat lbu Pejabat KKM di sini pada Jumaat.

Dr Dzulkefly berkata, beliau yakin pasti ada penyelesaian terbaik melalui kaedah perbincangan dan libat urus bersama peniaga serta industri.

Pada 16 Oktober lepas, Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan larangan pameran produk tembakau yang berkuat kuasa April tahun hadapan.

Ini memandangkan kebanyakan peruncit masih keliru tentang garis panduan larangan dan setiap pemilik premis perlu menanggung kos hingga RM6,000 untuk mengubah suai rak susunan di kedai bagi mematuhi peraturan bawah Akta 852 yang diwartakan 1 Oktober lepas.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata, KKM mengambil maklum isu kain pakaian seragam jururawat dan bersedia membawa isu itu ke mesyuarat pasca-Kabinet KKM.

Artikel Berkaitan:

Dr Dzulkefly berkata, beliau yakin pengurusan tertinggi KKM bersedia memberi pertimbangan terhadap kaedah terbaik termasuk memberi suntikan baharu.

Semalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan ada kain seragam yang dibekalkan kepada jururawat bukan sahaja keras dan tebal malah berwarna putih kekuningan.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan berkata, isu bekalan kain putih tidak berkualiti untuk pelbagai jawatan dalam KKM sudah lama dibangkitkan tetapi tiada tindakan dilakukan bahagian pembekalan kementerian itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!