Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu

Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 di sini, petang semalam. Gambar hiasan
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 di sini, petang semalam. Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang masih belum dikenal pasti itu telah melepaskan tembakan terhadap mangsa berusia 46 tahun menyebabkan kecederaan pada bahu kanan dalam kejadian pada kira-kira jam 2.20 petang.

"Hanya satu das tembakan dilepaskan dan mangsa yang cedera di bahu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil,” katanya satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, satu kesan tembakan ditemui pada cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,

Zulkipli menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mohd Fazirul Mohd Fisol di talian 013-8237737 bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!