Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Setiap malam tak dapat lelap mata takut rumah ini roboh'

25 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

'Setiap malam tak dapat lelap mata takut rumah ini roboh'

Sebuah keluarga di Kampung Tengah, Bukit Rambai, Melaka bukan sahaja terpaksa menadah besen setiap kali hujan, malah hidup dalam kegusaran disebabkan bumbung rumah mereka hanya menunggu masa untuk runtuh, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Pesara tentera, Mazelan Harun, 67, berkata, hampir keseluruhan struktur bumbung rumahnya telah rosak dan keadaan bertambah buruk disebabkan hujan dan angin kuat sejak tiga bulan lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693045/edisi/melaka-ns/setiap-malam-tak-dapat-lelap-mata-takut-rumah-ini-roboh

#SinarHarian #BeritaSemasa #rumahusang #bumbunghampirruntuh #Melaka