PM hargai Presiden Putin atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS

Anwar pada Jumaat menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.
Anwar pada Jumaat menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.

Dalam hantaran di platform X pada Jumaat, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mewakili beliau ke Kazan bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya Malaysia dalam melonjak kedudukan dan pendirian negara.

Menurut laporan, Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion (AS$1=RM4.34) atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia, hampir menyamai kekukuhan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!