Bekas pemain tengah Maghribi, Marseille Barrada meninggal dunia pada usia 35 tahun

Marseille Barrada
Marseille Barrada
A
A
A

BEKAS pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada Khamis malam.

"Paris Saint-Germain amat berdukacita atas pemergian Abdelaziz Barrada, pemain antarabangsa Maghribi dan produk akademi kelab, pada malam Khamis. Kelab ini mengucapkan takziah kepada keluarganya dan orang tersayang pada masa sukar ini,” kata PSG menerusi hantaran di X.

Menurut laporan media Perancis, Barrada meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pada Ahad, satu minit diperuntukkan untuk bertafakur sebelum perlawanan antara Olympique Marseille dan PSG. Barrada pernah bermain untuk Marseille dari 2014 hingga 2016.

Beliau beraksi dalam 28 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Maghribi, termasuk penampilan di Piala Negara-Negara Afrika 2013 dan Sukan Olimpik London 2012. Barrada telah menamatkan karier profesionalnya pada 2021. - Bernama/dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!