Pelatih PDK, warga emas, OKU terima sumbangan Yayasan Petronas sempena Deepavali

Pelatih PDK Karak bergambar kenangan bersama Sabariah (belakang, tiga dari kanan) dan M Ahmad (belakang, dua dari kiri) (Gambar kecil: Sarawathy dan Rajandran)
Pelatih PDK Karak bergambar kenangan bersama Sabariah (belakang, tiga dari kanan) dan M Ahmad (belakang, dua dari kiri) (Gambar kecil: Sarawathy dan Rajandran)
A
A
A

BENTONG - Nasib golongan kurang berkemampuan di negeri ini mendapat perhatian Yayasan Petronas sempena Program Memacu Kehidupan Deepavali 2024.

Di Pahang, seramai 50 penerima membabitkan 20 pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Karak dan 30 penduduk setempat seperti warga emas dan OKU menerima sumbangan Deepavali dengan nilai keseluruhan RM10,000.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly berkata, program komuniti musim perayaan yayasan itu dijalankan untuk menyebarkan kegembiraan dan kebersamaan dalam kalangan semua yang meraikannya.

"Justeru, kami berharap sumbangan yang disampaikan ini, sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang mereka hadapi terutamanya pada musim perayaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena majlis penyerahan sumbangan yang disempurnakan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan di PDK Karak di sini pada Jumaat.

Antara penerima terdiri penduduk di Bentong yang menerima sumbangan yayasan sempena Deepavali.
Antara penerima terdiri penduduk di Bentong yang menerima sumbangan yayasan sempena Deepavali.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V Arumugam.

Dalam pada itu, Sabariah menghargai usaha yayasan tersebut menyalurkan sumbangan kepada golongan terbabit di sini.

Artikel Berkaitan:

"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Petronas yang tidak lupa memberikan sumbangan setiap kali musim perayaan bukan sahaja di Pahang tapi di seluruh negara," jelasnya.

Sementara itu, bagi seorang penoreh getah, V Rajandran, 62, dari Karak menghargai sumbangan itu yang dapat meringankan beban keluarganya untuk sambutan Deepavali kali ini.

"Sememangnya saya sangat gembira dan ini kali pertama terima sumbangan daripada Yayasan Petronas. Saya rasa amat dihargai," katanya.

Seorang ibu tunggal, P Sarawathy, 48, dari Telemong turut lega dan menyifatkan sambutan Deepavali tahun ini sangat bermakna buat dia dan keluarganya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!