Michelle dari BSMM dipilih sebagai Pengerusi IFRC

Delegasi Malaysia, termasuk Michelle (berjaket merah) mewakili Malaysia pada Perhimpunan Agung IFRC ke-24 di Geneva
Delegasi Malaysia, termasuk Michelle (berjaket merah) mewakili Malaysia pada Perhimpunan Agung IFRC ke-24 di Geneva
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Belia Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) mengumumkan Michelle Chew dari Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) dipilih sebagai Pengerusi IFRC.

Ketua Setiausaha BSMM, Hakim Hamzah berkata, pengumuman itu dilakukan pada Perhimpunan Agung IFRC ke-24 di Geneva, Switzerland pada 23 Oktober.

Menurutnya, Michelle memperoleh 41 peratus undian yang mana ia mengatasi empat calon lain untuk mengetuai suruhanjaya tersebut.

“Michelle berdiri sebagai simbol kepimpinan wanita yang aktif dalam memajukan prinsip kesaksamaan jantina dalam peranan kepimpinan, selaras dengan nilai BSMM dan IFRC yang mengutamakan penyertaan inklusif.

“Dengan pengiktirafan ini, BSMM berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melibatkan diri dalam inisiatif kemanusiaan dan menunjukkan potensi mereka dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hakim memaklumkan bahawa kehadiran Ahli Lembaga Pengarah IFRC, Tengku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim menyerlahkan lagi dedikasi Malaysia dalam memupuk kepemimpinan wanita di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau berkata, BSMM kekal komited menyediakan peluang kepimpinan yang sama rata untuk wanita di peringkat tempatan dan antarabangsa dan berusaha ke arah matlamat membina komuniti yang inklusif serta berkembang maju.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!