Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang ramai

Anwar membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, Putrajaya, pada Jumaat.
Anwar membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, Putrajaya, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar percaya usaha menambah baik kemudahan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

"Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, (Putrajaya) termasuk daripada segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam. Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

"Saya percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, Anwar berkata, walaupun keadaan jauh lebih baik ketika ini, Petronas harus meningkatkan lagi mutu pengurusan termasuk kemudahan surau kerana ia digunakan oleh jutaan rakyat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!