17 individu kibar bendera China diambil keterangan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seramai 17 warga China telah diambil keterangan bagi membantu siasatan susulan pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia 40 hingga 61 tahun dikenal pasti terlibat dalam sambutan berunsur keagamaan itu.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang mengesan individu lain berikutan program tersebut melibatkan 200 peserta termasuk Thailand dan Vietnam.

"Siasatan lanjut dijalankan dengan meneliti video terlibat berikutan polis telah mendapat kebenaran untuk menyiasat daripada timbalan pendakwa raya petang tadi.

"Pihak menganjur telah menghantar notis mengenai perarakan tersebut namun, mereka itu telah melanggar syarat dengan mengganggu gugat ketenteraman awam dan melibatkan warganegara asing dalam penganjuran itu," katanya.

Beliau kepada pemberita pada Festival Kesenian Islam Nasyid PDRM Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Jumaat.

Azizi
Azizi

Azizi berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012, Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 dan Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai usaha pihak lain untuk berhimpun di Menara Condong untuk mengibar Jalur Gemilang, Azizi menasihatkan penganjur tersebut untuk menghantar notis kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

"Pihak tersebut perlu mendapat kebenaran daripada polis terlebih dahulu untuk nyatakan syarat-syarat di bawah APA tersebut.

"Kita tidak menghalang sebarang penganjuran atau perhimpunan sebaliknya kita akan membantu agar semuanya lancar mengikut undang-undang," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Polis Perak telah memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berikutan perarakan berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu didapati telah melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!