'Next PRU kami undi Alif', Alif Satar jadi perhatian gara-gara sauk najis kerbau

Tindakan yang dibuat Alif mungkin kecil di mata kita, tetapi besar maknanya bagi penduduk atau mereka yang beriadah di kawasan itu.
Tindakan yang dibuat Alif mungkin kecil di mata kita, tetapi besar maknanya bagi penduduk atau mereka yang beriadah di kawasan itu.
A
A
A

TINDAKAN murni selebriti serba boleh, Alif Satar 'membersihkan' najis kerbau menggunakan penyodok di beberapa lokasi mendapat perhatian dan pujian ramai.

Bahkan tidak kurang juga yang mengusik agar dia bertanding dalam pilihan raya akan datang.

"Pilihan raya seterusnya, kami undi Alif," tulis Imannurdian.

Gurauan itu disambut Alif dengan menulis: "Parlimen Segambut tau..".

Dalam hantaran video berdurasi 39 saat tersebut, selebriti yang mencetuskan fenomena 'Geng Subuh Macam Jumaat' itu sempat berseloroh bahawa senaman yang dilakukan pada hari ini berbeza dari kebiasaan.

Masakan tidak, dengan pakaian untuk bersenam, berkasut, Alif tampil bersama penyodok bagi membersihkan najis tersebut walaupun baunya boleh dibayangkan sesiapa sahaja yang menonton.

“Siapa sangka tengah-tengah bandar urban pun ada tahi kerbau di tengah jalan.

“Kalau tengah malam dia melintas, orang tidak nampak memang bahaya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah pelatun Lelaki Seperti Aku itu sempat bergurau dengan bertanya siapakah pemilik haiwan berkenaan.

“Siapa punya kerbau ini? Baik mengaku,” ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!