SK Bandar Baru Selayang (2) tekad akhiri cabaran SK Seksyen 20

SK Bandar Baru Selayang (2) bawa mentaliti juara

SK Bandar Baru Selayang (2) tekad pergi lebih jauh dalam penampilan pertama di pentas Piala Raja Muda Selangor 2024.
SK Bandar Baru Selayang (2) tekad pergi lebih jauh dalam penampilan pertama di pentas Piala Raja Muda Selangor 2024.
A
A
A

Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Selayang (2) tekad mahu melakar kejutan dalam penampilan pertama pasukan berpangkalan di Batu Caves berkenaan dalam Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor.

Malah pengendali skuad Bawah 12 tahun (B-12), SK Bandar Baru Selayang (2), Ahmad Zaidi Abdul Aziz percaya tampil sebagai ‘pasukan budak baharu’ dalam edisi kali ke-35 berjaya diserap sebaiknya skuad berkenaan.

“Prestasi dan mood pemain-pemain dalam keadaan terbaik serta sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir menentang penyandang juara SK Seksyen 20, Shah Alam.

No Image Caption

“Sejujurnya, kemenangan dalam perlawanan suku akhir adalah di luar jangkaan kami tambahan pula dengan status kami sebagai sebuah pasukan baharu dalam kejuaraan ini.

“Biarpun begitu, kami bertekad mahu menamatkan pengembaraan klasik SK Seksyen 20, juara 2023 lalu,” katanya.

Sebagai rekod, SK Bandar Baru Selayang (2) memulakan kempen pusingan 32 dengan muncul juara Kumpulan D selepas mengatasi SK TUDM Subang, SK Puncak Alam 3 dan SK Johan Setia.

Sokongan padu warga Bandar Baru Selayang (2) nyalakan semangat pemain-pemain.
Sokongan padu warga Bandar Baru Selayang (2) nyalakan semangat pemain-pemain.

Artikel Berkaitan:

Di Pusingan 16, SK Bandar Baru Selayang (2) menjinakkan SK Taman Bunga Raya 2, Rawang, 1-0 bagi menempah slot suku akhir.

Pentas suku akhir, SK Bandar Baru Selayang (2) SK Bukit Kerayong, Kapar, 4-2 untuk berdepan juara Piala Sumbangsih, SK Seksyen 20, Shah Alam.

Ditanya persediaan berdepan pasukan pilihan dari Shah Alam di padang SK Putra Height pada Isnin ini, Ahmad Zaidi berkata: “Persediaan kami pada ketika ini adalah lebih kepada fizikal untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain-pemain dengan latihan berterusan dan perlawanan persahabatan.

SK Bandar Baru Selayang (2) sudah bersedia beri tentangan terhadap SK Seksyen 20 pada Isnin.
SK Bandar Baru Selayang (2) sudah bersedia beri tentangan terhadap SK Seksyen 20 pada Isnin.

“Dari segi mental pula pemain-pemain diterap berfikiran positif dan mentaliti juara.”

Ditanya homework dilakukan barisan kejurulatihan dalam menyekat jentera SK Seksyen 20, Ahmad Zaidi berkata, mereka sudah merencanakan taktikal mengunci pemain-pemain pasukan lawan yang memiliki kelebihan dari aspek fizikal dan kemahiran individu tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!