Thailand boleh kecualikan cukai kepada pelancong negara jiran

Kota Bangkok antara kawasan tumpuan pelancong.- Foto AFP
Kota Bangkok antara kawasan tumpuan pelancong.- Foto AFP
A
A
A

ALOR SETAR - Thailand perlu memastikan kaedah kutipan cukai perjalanan bakal dikenakan kepada pelancong asing yang masuk ke negara itu jelas dan telus.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, Datuk Mohd Zayad Md Ismail berkata, kaedah kutipan cukai itu juga tidak perlu menggunakan pelbagai saluran sebaik sahaja diperkenalkan kepada pelancong yang masuk dari mod pengangkutan lain.

“Ketika ini jumlah dicadangkan iaitu 300 baht (RM38.65) dianggap tinggi memandangkan kebanyakan barangan dan penginapan hotel di negara itu masih pada harga yang sangat kompetitif serta berpatutan.

“Sehubungan itu, sesetengah destinasi diharap menawarkan pengecualian atau diskaun kepada kategori pelancong tertentu seperti kanak-kanak, pelajar atau warga emas.

“Ia sekali gus membantu menjadikan cukai lebih berpatutan dan adil untuk semua orang,” katanya pada Jumaat.

Tambah Mohd Zayad, Thailand juga boleh mengecualikan cukai dari negara jiran yang mana ramai pelancong boleh ke negara itu dan ia tidak akan menjejaskan industri pelancongannya.

Beliau berpandangan, cukai perjalanan diterima Thailand harus digunakan untuk menambah baik infrastruktur dan kemampanan destinasi, bukannya sebagai sumber pendapatan kepada kerajaan tempatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!