Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pengunjung ke setengah juta Jambatan Angkat, menang jongkong emas

26 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang wanita dari Tawau, Sabah tidak menyangka kunjungan pertama kalinya ke Terengganu membawa tuah, apabila dia diumumkan sebagai pengunjung ke setengah juta (500,000) Jambatan Angkat, sekali gus memenangi hadiah utama sebuah jongkong emas bernilai RM15,000, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Lebih bermakna, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan hadiah jongkong emas itu kepada Suriani Sulleh, 30, pada Majlis Santapan Minum Petang di jambatan ikonik tersebut, di sini pada Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693127/edisi/terengganu/wanita-dari-sabah-pengunjung-ke-setengah-juta-jambatan-angkat-menang-jongkong-emas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pengunjungkesetengahjuta #JambatanAngkat