Suami isteri maut, MPV langgar jentera pengorek tanah

Keadaan Mitsubishi Xpander yang terlibat dalam kemalangan di berhampiran Kem TUDM di Batu 10, Jalan Kuantan-Maran. Foto JBPM Pahang
Keadaan Mitsubishi Xpander yang terlibat dalam kemalangan di berhampiran Kem TUDM di Batu 10, Jalan Kuantan-Maran. Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka berusia 11 tahun cedera dalam kemalangan berhampiran Kem Tentera Udara Diraja Melaysia (TUDM) di Batu 10, Jalan Kuantan - Maran, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Mitsubishi Xpander dengan sebuah jentera pengorek tanah kira-kira jam 2 pagi itu, pesara awal bomba, Mohd Fadli Mohd Abidin, 42, dan isterinya, Rohafiza Taha, 50, yang merupakan guru meninggal dunia di tempat kejadian.

Jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan. Foto JBPM Pahang
Jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan. Foto JBPM Pahang

Anak kepada pasangan itu, Mohd Osman Wafi Mohd Fadli, 11, pula cedera pada bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa bersama isteri dan anak dari arah Gambang menghala ke arah Kemaman.

"Apabila tiba dilokasi kejadian, MPV dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan.

Artikel Berkaitan:

Anggota Balai Bomba Taman Tas membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto JBPM Pahang
Anggota Balai Bomba Taman Tas membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto JBPM Pahang

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa dan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!