AGC rakam ucapan takziah kepada keluarga Khairul Nizam

Seluruh warga kerja AGC merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.
Seluruh warga kerja AGC merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh warga kerja Jabatan Peguam Negara (AGC) merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Allahyarham Khairul Nizam Abu Bakar yang meninggal dunia pada Sabtu.

Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Khairul Nizam.

"Peguam Negara dan seluruh warga AGC merakamkan ucapan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Khairul Nizam Abu Bakar, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Oktober 2024 bersamaan 23 Rabiulakhir 1446H.

"Semoga ALLAH SWT mengampuni Almarhum dan marilah bersama mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman," menurut hantaran itu di laman tersebut pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!