Empat sekeluarga dikebumikan dalam dua liang lahad

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat dikebumikan dalam dua liang lahad.
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat dikebumikan dalam dua liang lahad.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Kesemua mangsa dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu, di sini.

Mangsa terkorban dalam nahas itu ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48 dan isterinya, Shazwani Ismail, 39; anak mereka Muhammad Fakrul Danish, 20, dan Farhana Ismail, 35; yang juga adik kepada Shazwani.

Jenazah mangsa kemalangan disembahyangkan di Masjid Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.
Jenazah mangsa kemalangan disembahyangkan di Masjid Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.

Allahyarham Mohd Junaizi disemadikan dalam satu liang lahad bersama Muhammad Fakrul Danish manakala Shazwani dikebumikan bersama Farhana.

Sebelum itu, empat van yang membawa kesemua jenazah tiba Masjid Kampung Payang Kayu, di sini kira kira jam 7 pagi sebelum disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan di kampung tersebut sekitar jam 8 pagi.

Artikel Berkaitan:

Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Payang Kayu di Hulu Terengganu.
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Payang Kayu di Hulu Terengganu.

Suasana hiba dan pilu mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir yang maut ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands itu.

Lebih 500 hadir termasuk waris dan kenalan bagi mengiringi majlis pengebumian empat mangsa yang maut dalam kemalangandi Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.
Lebih 500 hadir termasuk waris dan kenalan bagi mengiringi majlis pengebumian empat mangsa yang maut dalam kemalangandi Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.

Turut klihatan ahli keluarga serta dua anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Nur Jihan Irdina Muhammad Junaizi, 13, dan Nur Anis Zahra Nazihah, 12.

Kedua-duanya kelihatan sugul dan bersedih dengan kehilangan kedua ibu bapa serta ibu saudara mereka yang meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Nur Jihan Irdina ditenangkan ahli keluarga ketika majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.
Nur Jihan Irdina ditenangkan ahli keluarga ketika majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.

Nahas berlaku kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan lima mangsa maut termasuk pemandu lori jenis Nissan, G. Mageswara, 53.

Kesemua mangsa disahkan terkorban di lokasi kejadian.

Kejadian berkenaan dipercayai berpunca apabila sebuah lori membawa muatan batu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!