Polis selamatkan budak perempuan dieksploitasi jadi peminta sedekah

Bilik yang menempatkan mangsa disyaki jadi mangsa eksploitasi bagi meminta sedekah di Klang diserbu polis pada Isnin lalu.
Bilik yang menempatkan mangsa disyaki jadi mangsa eksploitasi bagi meminta sedekah di Klang diserbu polis pada Isnin lalu.
A
A
A

KLANG - Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun warga Filipina yang dieksploitasi sebagai peminta sedekah.

Kegiatan itu terbongkar menerusi Op Pintas yang dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Goh Hock Huat di sini, Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 11 malam.

Soffian
Soffian

"Serbuan itu telah menahan seorang lelaki Indonesia berusia 67 tahun berstatus Pemastautin Tetap.

"Susulan itu, Bahagian D3 telah menyerbu sebuah lagi rumah di Sungai Kapar Indah, Klang pada jam 12.30 tengah malam (Selasa) dan menahan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun disyaki terlibat dalam kes ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007.

Tambahnya, siasatan mendapati rumah kedai tiga tingkat di lokasi serbuan pertama disewa oleh lelaki Indonesia terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Ketika serbuan, mangsa berada dalam sebuah bilik dipercayai dijaga oleh suspek untuk melakukan kerja sebagai peminta sedekah di sekitar Klang sejak lebih sebulan lalu.

"Suspek wanita tempatan pula disyaki terlibat menguruskan mangsa untuk diserahkan kepada lelaki Indonesia berkenaan bagi tujuan eksploitasi," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!