Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Tujuh nelayan dicekup positif dadah

26 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Mahu hilangkan tekanan dan beri tenaga untuk bekerja antara alasan diberikan tujuh nelayan yang dikesan positif dadah dalam serbuan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut awal pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, penahanan itu melibatkan dua nelayan warga tempatan dan lima warga asing berusia lingkungan 35 hingga 48 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693236/berita/semasa/tujuh-nelayan-dicekup-positif-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #terengganu #Maritim #dadah #Nelayan